|
|
|
| Written by Administrator |
| Tuesday, 16 February 2010 03:29 |
ENZIM ORGANIKEnzim Cintai Alam Sekitar![]() Asal-usul Enzim Cintai Alam Sekitar 1. Dr Rosukon dari Negara Thailand telah menggunakan masa melebihi 30 tahun untuk mencipta “Garbage Enzyme” ataupun “Enzim Sampah Sarap” dalam Bahasa Malaysia. 2. Kini, enzim ini dikenali sebagai “enzim cintai alam sekitar” kerana ia mempunyai keupayaan menghilangkan bahan kimia yang terkandung dalam bahan pencuci yang telah gunakan dalam kehidupan harian kita. 3. Dr Rosukon telah mengemukakan formula yang dicipta oleh beliau kepada masyarakat awam kerana beliau menyedari bahawa kita hanya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar sekiranya setiap manusia menyedari akan kebaikan enzim ini, membuat dan menggunakan enzim ini di dalam kehidupan harian kita, barulah kita dapat hidup dalam alam sekitar yang menjauhi bahan kimia dan hidup dalam alam yang tidak tercemar. Dr Joean – Orang pertama yang memperkenalkan enzim di Malaysia 1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar, melindungi generasi muda kita. 2. Mengurangkan pencemaran alam sekitar bermula dengan mengurangkan sampah- sarap dapur. Kegunaan Enzim ini 1. Mencuci tandas. 2. Mengelakkan kesumbatan paip air supaya tandas tidak akan berbau busuk. 3. Membasuh baju. 4. Memop lantai(nyamuk, lalat dan lipas dapat dikurangkan). 5. Enzim ini boleh dicampur dengan syampu rambut dan syampu badan. Ini dapat menggurangkan bahan kimia, dengan itu pencemaran dan kerosakkan alam sekitar juga dapat dikurangkan. |
| Last Updated on Monday, 29 March 2010 14:44 |


























