|
SPBT SMKBBSL Latar belakang BOSS - BOSS – Bilik Operasi SPBT Sekolah
- Diwujudkan Januari 2002
- BOSS SMKBBSL mula beroperasi seawal penubuhannya
- Keluasan bilik : 30 X 25 kaki persegi.
- Kedudukan : Tingkat bawah Blok A :
Pengerusi : Puan Hajah Salimah binti Jafri - Penyelaras SPBT : Pn Norbaini bt Ahmad
OBJEKTIF. SPBT bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu &memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. MOTO Adil Mesra Tepat VISI Memberikan perkhidmatan yang adil, mesra dan tepat kepada semua pelajar MISI - Memastikan pelajar memahami prosedur Skim Pinjaman Buku Teks.
- Memastikan semua maklumat yang diperlukan tepat supaya pengagihan buku teks dapat dilakukan dengan adil.
PIAGAM - MEMASTIKAN SEMUA BORANG DIPROSES DENGAN ADIL
- MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR YANG LAYAK MENDAPAT PINJAMAN BUKU TEKS
- MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MEMBUAT RAYUAN
- MEMASTIKAN BORANG PERMOHONAN SPBT UNTUK TAHUN YANG BERIKUTNYA DIEDAR DALAM BULAN JANUARI TAHUN SEMASA.
PENCAPAIAN SPBT 2003 Johan Kuiz Tingkatan 1 Johan Melukis Kulit Buku Daerah Tingkatan 3 Sempena Hari SPBT Sekolah 2004 Naib Johan Drama SPBT Daerah - Bahasa Inggeris 2005 Johan Drama SPBT Daerah – Bahasa Inggeris Johan Broser SPBT – Sekolah Menengah Naib Johan Dokumentasi SPBT – Sekolah Menengah Anugerah Bilik Operasi SPBT (BOSS)- Peringkat Daerah 2006 Tercalon untuk mewakili negeri Selangor untuk Anugerah Bilik Operasi SPBT (BOSS) Peringkat Kebangsaan 2006 2007 (Akan di beri kemudian – maklumat terkini belum terima) KELAB SPBT MOTO KELAB SPBT “Membantu Menuju Kecemerlangan” Pengawas SPBT dilantik untuk membantu merealisasikan dan melaksanakan visi dan misi SPSBT bagi memantapkan SPBT pada peringkat sekolah. Objektif Pengawas SPBT. - Mewujudkan semangat menghargai buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan kepada murid-murid
- Memupuk sikap cinta akan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah
- Meningkatkan kadar minat kepada penggunaan buku teks sebagai bahan asas untuk menguasai sesuatu subjek atau matapelajaran
- Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu pengetahuan
- Memperkasa dan menyusun aktiviti SPBT serta meletakkan pengawas SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di SMK Bandar Baru Sungai Long.
Keahlian Pengawas SPBT SMKBBSL Pengawas SPBT SMK Bandar Baru Sungai Long terdiri daripada 35 orang murid-murid daripada tingkatan 3 hingga tingkatan 5 Ikrar Pengawas SPBT Kami Pengawas SPBT SMK Bandar Baru Sungai Long , Berikrar dan Berjanji, Akan menjalankan tanggungjawab, Yang diberikan, Dengan ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh, Akan Menerima dan menjalankan amanah yang diberikan kepada kami demi kesejahteraan sekolah. AKUJANJI MURID Latar Belakang Program Akujanji Murid ini dilaksanakan seawal pengoperasian Skim Pinjaman Buku Teks SMK Bandar Baru Sungai Long.. Seiring dengan usaha bagi memartabatkan buku teks, program ini menampakkan keberkesanan pengurusan dan kelacaran pergerakan pengagihan buku teks SMK Bandar Baru Sungai Long. Objektif - Program ini dilaksanakan bertujuan untuk:
- memastikan murid memulangkan buku yang asal dipinjamnya
- memupuk sikap sayang akan buku pinjaman
- memupuk rasa menghargai harta awam sekolah
- menimbulkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid
- memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.
Penggunaan system SISTEKSPBT Sisteksbbt Versi 1.0 adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sekolah . Pembangunan Sisteksbbt Versi 1.0 adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks Negeri dan guru-guru ICT yang terpilih. Rasional: Sisteksbbt Versi 1.0 diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir dan guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT OBJEKTIF -
- Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisyen berasaskan ICT dan mengurangkan beban tugas guru SPBT
- Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/PPB/PPD
|